SELAMAT DATANG

Tuesday, March 2, 2010

.:malignan tumor:.

Apa yang terjadi kepada mahasiswa masakini??? Kesenyapan mereka semakin dirasai, kebisingan mahasiswa dalam melaungkan suara dan pendapat yang bernas semakin tidak kedengaran. Pandangan kritis dan inovatif dari seorang insan yang bergelar mahasiswa semakin sukar untuk diperolehi. Secara mudahnya masyarakat semakin ketandusan anak muda yang mampu membawa perubahan dalam kehidupan. 

Mana perginya mereka??? Tiada di kampuskah??? Mungkin di dewan kuliah??? ataupun di kedai2 kopi,hehe... lebih parah lagi di tempat2 hiburan??? hmm...

Jadi kenapa...
Mahasiswa makin layu dan beku...

Ibarat daun hijau yang x tahan dek kepanasan mentari di musim kemarau dan mungkin juga ibarat air di tasik menjadi beku di  musim sejuk. Mereka hanya mengikut suruhan, buat itu, buat ini, fikiran tidak bercambah. Minda jadi beku, tidak boleh mencair untuk mencurahkah idea yang baru. Salah siapa??? Mahasiswakah??? Ibubapakah??? Pensyarahkah??? Masing2 ada sbb terhadap jawapan yg berlegar di fikiran, betul x???...

Kita tengok lagi...
 
Mahasiswa kini lebih gemar menjadi pengikut setia kepada budaya kapel, lepak di maple, dengar konsert, tengok wayang, pergi shopping, mcm2 lg la... Mengapa jadi macam ni??? Adakah ini semua merupakan syarat wajib untuk menjadi mahasiswa??? jadi...

Nak tanya siapa??? Siapa yang bergelar mahasiswalah yg kena jawab..saya tahu anda tahu jawapannya...

Pelbagai persoalan yang timbul bukan,namun ini bukan masanya untuk mencari apa puncanya, tetapi ini adalah masa untuk mula mengubati penyakit kelesuan mahasiswa, supaya penyakit ini tidak merebak dan menjadi malignan tumor dalam masyarakat mahasiswa...


fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails