SELAMAT DATANG

Thursday, March 18, 2010

Akhlak & Kekuatan

ISLAM PENYELAMAT UMMAH

Menurut pakar sosiologi akhlak adalah berubah dan berkembang mengiringi zaman ataupun hasil daripada pengalaman seseorang individu. Namun begitu, di dalam Islam akhlak adalah suatu yang tetap dan tidak berubah dengan berubahnya zaman dan tempat. Khususnya, perkara yang berkaitan amalan mulia yang telah ditetapkan oleh agama atau amalan tercela yang diharamkan agama. Secara konklusinya akhlak bukanlah hasil pengalaman namun ianya merupakan suatu ketetapan agama, nilai dan adab-adabnya.

Akhlak Rasulullah S.A.W. merupakan teladan seluruh umat Islam - ia juga adalah Al-Quran  al-Karim sepertimana yang disebut oleh Aisyah r.a. ketika ditanya tentang akhlak Rasulullah S.A.W.., beliau mengatakan, maksudnya: Akhlak Baginda adalah Al-Quran (apa yang Al-Quran huraikan mengenai akhlak yang mulia)

Apabila islam itu adalah akhlak - ia sentiasa memerlukan kepada kekuatan yang menjadi sandaran dan sokongan baginya di dalam kehidupan manusia. Akhlak Al-Quran yang merupakan akhlak seorang muslim juga memerlukan kepada sesuatu kekuatan untuk mempertahankannya, menyokongnya, meninggikannya, dan memestikannya ke atas manusia sebagai suatu kewajipan yang perlu dilakukan kerana ia adalah kebenaran yang datang daripada Allah S.W.T. untuk kemaslahatan manusia di dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Maka,

Akhlak dan kekuatan merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan agar kehidupan manusia terus mengikut jalan yang lurus...

MAHASISWA AGEN PERUBAHAN RAKYAT

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails