SELAMAT DATANG

Monday, December 27, 2010

Tutup Mulut ~~~

Genggamkan tanganmu, tumbukannya ke udara, saat itu engkau bergelar MAHASISWA SEJATI...


~apa punya turrr...~




Tuesday, November 16, 2010

Saidina Umar r.a., menangis dan ketawa...

Dalam satu peristiwa, sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. pernah melihat Saidina Umar r.a. menangis dan kemudian tertawa tanpa sebab yang jelas. Akhirnya ada yang berani bertanya, "Wahai pemimpin orang Islam, kenapa kamu menangis kemudian tersenyum tanpa sebab yang dapat kami fahami."

     Umar menceritakan, "Dahulu aku dan orang-orang Quraisy sangat membenci anak perempuan. Ketika aku mendapat perkhabaran anak perempuan, daripada saat kelahirannya lagi kebenciaanku sudah bermula. Aku pendam rasa benci itu, aku sabar sampailah umurnya enam tahun, aku sudah tidak tahan lagi, aku membawanya ke padang pasir dan aku gali lubang. Dia menyangka aku membawanya berkelah dan bermain-main, dia turut sama membantuku menggali lubang. Apabila lubang sudah siap, aku menolak dia ke dalam lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir. Anakku yang masih belum tahu niatku, masih ingat aku bermain-main, dia tolong mengibaskan pasir-pasir daripada janggut dan pakaianku, tetapi akhirnya aku menimbusnya hidup-hidup tanpa belas kasihan. Inilah kehidupan kami sebelum kehadiran Muhammad S.A.W., kami memuliakan anak lelaki dan menghina anak perempuan bahkan membunuh mereka hidup-hidup. Maha Besar Tuhan, Maha Baik Tuhan yang menghantar Muhammad S.A.W. yang meletakkan perempuan di tempat yang mulia. Marilah kita bersyukur di atas nikmat ini. Itulah rahsianya, apabila aku teringat kisah ini, aku menangis."

     Umar berkata lagi, "Berkenaan mengapa aku tersenyum, pada suatu hari aku keluar dari bandar Mekah. Apabila keluar dari Mekah biasanya kami membawa batu dari Mekah untuk dijadikan sembahan, tetapi hari itu aku terlupa membawa batu, tetapi aku ada membawa kurma dan aku sembah kurma itu. Apabila makanan aku habis, mulalah aku makan Tuhan aku itu sedikit demi sedikit. Apabila aku teringat kisah ini, aku ketawa sendirian." 

Thursday, November 11, 2010

Kisah Anak Dengan Pohon Epal

Saya tertarik dengan suatu cerita teladan..Cerita panglipulara yang pernah saya dengar sewaktu kecil-kecil dahulu…

Kisah pohon epal..“Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu…

Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-main di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.” Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pohon epal itu berkata, “
Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.”

Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon apel itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.”

Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.”

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon epal itu dengan nada pilu.”Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirahat,” jawab lelaki tua itu.”

Jika begitu, istirahatlah di perduku,” kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.”

Saturday, August 14, 2010

Mahasiswa dan Politik

Salam Mahasiswa!



Deretan hari yang berlalu mahasiswa telah dibuai dengan idea2 daripada beberapa pemimpin negara yang inginkan mahasiswa dilibatkan secara langsung ke dalam kancah politik. YB Saifuddin Abdullah telah menongkah arus idealisme kerajaan, di mana beliau telah mencadangkan supaya kerajaan membenarkan mahasiswa dibenarkan melibatkan diri secara terus dalam kancah politik negara. Beberapa badan lain seperti Pemuda UMNO yang diketuai oleh YB Khairi Jamaluddin (KJ) turut mecadangkan perkara yang sama. Pemimpin2 pelajar daripada IPT seluruh Malaysia turut memberi respon terhadap isu tersebut, ada yang memberi reaksi positif dan tidak kurang juga yang negatif. Di sini dapat disimpulkan bahawa isu ini merupakan isu besar Mahasiswa! 

Isu ini bukan isu atau perkara yang hanya boleh dipandang sepi oleh pihak kerajaan. Isu ini melibatkan soal masa hadapan negara. Mahasiswa merupakan pemimpin negara di masa hadapan. Mahasiswa merupakan tunjang kepada pentadbiran negara untuk hari2 yang mendatang. Mahasiswa adalah nadi utama untuk membawa negara ini menjadi negara yang maju serta mampu bersaing di peringkat global kelak. Bagaimana kita mahu melahirkan mahasiswa yang mempunyai kebolehan2 seperti ini jika bukan dari kampus lagi mahasiswa dilatih untuk menjadi pemimpin masa depan.

Adakah cukup membenarkan mahasiswa hanya terlibat dengan organisasi2 kolej, persatuan2 fakulti, atau persatuan2 lain di universiti, dengan bertujuan untuk melahirkan mahasiswa berkelas pertama? Adakah pembelajaran di dalam kuliah sahaja sudah mencukupi? Adakah penyertaan mahasiwa dalam pilihanraya kampus sudah memadai untuk memenuhi cita2 ini? Adakah signifikan kita hanya membenarkan mahasiwa terlibat dalam perjuangan melibatkan isu2 di dalam kampus? Adakah semua ini mampu melahirkan tokoh muda yang mampu berfikir jauh untuk menjana kemajuan negara kelak? Persoalan ini merupakan soalan dasar yang perlu difikirkan oleh kita semua!



Bukan mudah untuk melatih seorang individu menjadi seorang pemimpin yang mampu menggegar dunia. Rasulullah S.A.W sejak dari kecil lagi telah dilatih dengan jati diri yang kuat untuk menjadi pemimpin umat. Sultan Muhammad Al-Fateh juga telah dilatih sejak kecil lagi dan pada usia yang muda iaitu 19 tahun, beliau telah berjaya menawan konstantinopel (instanbul), begitu juga Salahuddin al-Ayubi, pada usia muda telah menjadi panglima perang yang digeruni. Maka dapat disimpulkan di sini, untuk melahirkan seorang pemimpin yang berkualiti global bukanlah suatu perkara yang mudah. Pendidikan serta pendedahan awal amat penting untuk mencapai target ini. Maka, amatlah relevan dan rasional untuk membenarkan mahasiswa berpolitik serta terlibat secara terus kepada pentadbiran negara. Hal ini penting kerana mahasiswa perlu didedahkan dengan isu2 yang lebih global, yang lebih besar supaya dapat  mendidik mahasiswa menjadi mahasiswa matang berminda kelas pertama!



Berpolitik bukan bermakna mahasiswa meninggalkan terus kepentingan akademik, tetapi ia merupakan satu elemen penting dalam mendidik mahasiswa untuk lebih peka terhadap matlamat, tujuan dan kepentingan mereka apabila bergelar seorang mahasiswa. Mahasiswa adalah agen penting dalam membawa perubahan terhadap masyarakat. Mahasiswa merupakan golongan berilmu, kelompok yang sarat dengan idealisme dan semangat yang membara untuk membawa arus perubahan dalam masyarakat. Tidak guna sekiranya konsep 1Malaysia dicanang, namun mahasiswa terus hanyut dengan budaya hendonisme, sikap malas berfikir dan sikap ikut telunjuk yang terus menerus menghantui sebahagian besar masyarakat mahasiswa di negara ini. Mahasiwa perlu lebih intelek, perlu lebih berani untuk mendahului masyarakat dalam menangani isu2 semasa serta terkehadapan dalam mengemukan idea2 yang lebih berani dan matang untuk memajukan masyarakat kampus amnya serta masyarakat luar umumnya.

Jika mahasiswa terus disekat dengan pelbagai peraturan serta akta seperti AUKU, maka di mana demokrasi matang yang diuar2kan oleh pihak kerajaan! Akta-akta bodoh ini merupakan penyekat perkembangan minda anak muda, penyekat suara mahasiswa. Peranan mahasiswa telah diperkecilkan menjadi sehalus pasir. Mahasiswa hanya dipaksa belajar di dewan kuliah serta menjalani program2 yang hanya memberi sedikit ilmu kepimpinan kepada mereka. Mahasiswa telah ditelangkup dengan satu tempurung besar di atas mereka iaitu AUKU! Neuron2 otak mereka dipintas dan dicantas dengan peraturan2 yang besifat PENAKUT! Jangan salahkan kelompok mahasiswa yang menentang kerajaan dalam hal ini. Mereka semua merupakan anak muda yang mempunyai jiwa dan fikiran yang besar. Mereka merupakan pecinta negara yang sejati! Mereka ANAK MUDA yg SAYANG Malaysia.

Maka, kabinet kerajaan harus memperhalusi isu ini. Keputusan tidak boleh dibuat demi kepentingan politik semata-mata. Kita perlu memandang jauh ke hadapan. Jangan jadikan masalah remeh sebagai penghalang terhadap revolusi minda mahasiswa. Atmosfera politik negara perlu dipelbagaikan dengan pelbagai golongan. Mahasiswa yang berusia 21 tahun ke atas sudah cukup matang untuk dibenarkan terlibat dalam politik. Tidak perlu meminta kebenaran NC untuk melibatkan diri dalam bidang politik, itu semua merupakan undang2 lapuk. 



Mahasiswa jangan dihalang! Kami pernah bersuara suatu ketika dahulu! Sejarah membuktikan kami pernah mencipta sejarah. Mahasiswa akan terus mencipta sejarah. Putus asa bukan sifat mahasiswa, kerana Perjuangan itu pasti terus! 

HIDUP MAHASISWA! 

Monday, August 2, 2010

In-Team = Kasihku Abadi

Kamar hatiku, sekian lama 
Suram dan sepi, kekosongan 
Aku mencari insan sejati 
Untuk menemani hidupku 

Adam dan Hawa diciptakanNya 
Disemai rasa kasih sayang 
Agar bersemi ketenangan 
Dan kedamaian di hati 

Ku harap hanya keikhlasan 
Dan ku rindukan keramahan 
Aku inginkan kemesraan 
Berkekalan berpanjangan 

Mengasihimu, dikasihi 
Menyayangimu, disayangi 
Merindui dan dirindui 
Saling mengerti di hati 

Biar hilang kabus di wajahku 
Biar tenang resah di dadaku 
Terimalah serta kabulkan harapan ini 
Oh Tuhan 

Ku melafazkan kata penuh makna 
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah 
Hidup mati jodoh pertemuan 
Ditentu Allah yang Esa 
Perkenankan hasrat di hatiku 

Moga impian kan dirahmati 
Dipertemukan serikandi 
Susah dan senang sama harungi 
Demi cinta yang hakiki...



nota:
lagu kegemaran ni...
bukan jiwang tapi tenang...
hehe...

Thursday, July 29, 2010

SELAMAT DATANG SISWA/i BARU KE UKM : ~niat kena betul dikkk..~

Salam alaik!  Pertama-tamanya selamat datang diucapkan buat Mahasiswa/i baru ke UKM umumnya dan FST ammnya. Lama sebanarnya saya tidak menulis dengan panjang lebar di ruangan blog kesayangan ini, hehe... nak kata tiada masa, mustahil. Allah S.W.T. telah memperuntukkan waktu yang terbaik buat setiap insan di dunia ini. 24jam merupakan masa yang sangat sempurna untuk insan yang bijak memanfaatkannya, (saya??? hmm...banyak main kot...ampunkan dosaku ya Allah...ameennn ya Rabb...). Jadi pelajaran pertama buat adik-adik baru di sini adalah betapa penekanan mengenai kepentingan menguruskan masa itu perlu, perlu dan sangat perlu diberi perhatian. Hal ini penting bagi menjamin kejayaan kita di bumi hijau UKM ini disamping menempah tiket awal bagi kesenangan hidup di akhirat kelak, (di akhirat kelak Allah akan menyoal kita, ke mana kita gunakan masa muda kita... kalau kita asyik enjoy je,nak jawab ape bro???huaaaaa...). 

Dunia kampus merupakan satu dunia yang diimpikan oleh kita sejak dari kecil lagi. Jadi buat para siswa/i yang telah berjaya menjejakkan kaki ke hirarki tertinggi gedung ilmu ini perlu menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Niat atau nawaitu kita hendaklah sentiasa berada di atas landasan yang betul. Segala impian yang ditanam oleh keluarga terhadap kita hendaklah disuburkan dengan kejayaan yang cemerlang di samping membina sahsiah diri yang menjadi kebanggaan ibubapa serta masyarakat di luar sana, InsyaAllah... 

Universiti merupakan tempat untuk kita dimatangkan dengan ilmu pengetahuan bertaraf tinggi dan bukannya hiburan tahap melampau (hendonisme). Di sini bukan masanya kita mencari awek, mencari pakwe, ("kalau jodoh mcm mane bang," hmm...kalau jodoh kawin la terus, jangan nak berkepit je ke sana sini...wakakaka). Maka, apa yang ditekankan di sini adalah betapa pentingnya fokus kita kepada perlumbaan mengejar ilmu di varsiti yang tercinta ini. (tapi kalu study je confirm bosan, kan,kan,kan...hee~~). Jadi, apa lagi, JOM JOIN PMFST (buat adik2 FST la ye...hehe). Mahasiswa amatlah digalakkan berpersatuan kerana dengan ini kita dapat membantu diri kita dibina dan dibentuk menjadi mahasiswa kelas pertama. Pelbagai pengalaman penting dapat diperolehi dengan menyertai kegiatan berpersatuan, kita boleh membina keyakinan diri, mengenali lebih ramai rakan-rakan baru, meningkatkan tahap kepimpinan diri serta membina jati diri siswa sejati yang sebenarnya.

Semua ini penting kerana mahasiswa adalah satu kelompok yang mempunyai peranan utama untuk membawa PERUBAHAN kepada masyarakat. PERUBAHAN yang macam mana? Tunggu siri tulisan yang seterusnya. InsyaAllah...;-)



WE UNITE FOR UKM



Monday, July 19, 2010

PALESTIN UNTUK SEMUA MUSLIMIN!!!

Mengapa Saya Bangga Kibar Bendera Palestin...

  1. Kota suci bagi para nabi sebelum kelahiran Rasulullah S.A.W..
  2. Bumi ini adalah warisan para nabi yang diamanahkan kepada Rasulullah S.A.W. dan juga KAUM MUSLIMIN.
  3. Kota yang menjadi bukti Rasulullah S.A.W. diIsrakkan dan diMikrajkan ke Langit.
  4. Kiblat pertama umat Islam dan masjid suci yang keTiga.
  5. Tanah Waqaf bagi kaum muslimin.
  6. Peristiwa akhir zaman akan berlaku disini.
Maka,

Isu Palestin ini berkisar tentang soal aqidah dan keimanan umat Islam. Justeru tanggungjawab membela dan membebaskan Palestin adalah terpikul ke atas bahu setiap kaum MUSLIMIN. ALLAHUAKBAR!!!


Jadi, berBANGGAlah apabila anda mengibar BENDERA PALESTIN!



ANAK MUDA SAYANG MALAYSIA!!!

Thursday, April 29, 2010

JADUAL SEM3


Salam, 


KEPADA PELAJAR FST YANG TELAH MENDAFTAR KURSUS U3 UNTUK SEM3 BOLEH MEMBUAT SEMAKAN JADUAL KURSUS DI SMPWEB, DI BAHAGIAN SEMAKAN REKOD PENDAFTARAN KURSUS. 


TQ...

PMFST UNTUK SEMUA!


http://smp.ukm.my/smpweb/

Saturday, April 10, 2010

SALAM JUANG!!!

Salam Peperiksaan diucapkan kepada sahabat-sahabat sekalian. Kita kini berada di penghujung sem ke 2 untuk sesi 09/10. Bagi adik2 1st year mungkin sudah tidak sabar untuk bergelar mahasiswa tahun 2 pada sesi depan. Kepada pelajar tahun akhir, mungkin ini merupakan sesi peperiksaan terakhir buat mereka, bak kata orang, perjuangan sudah hampir selesai di varsiti tercinta ini. Salam tahniah diucapkan dari kami penerus perjuangan misi varsiti buat abang2 dan kakak2 yang akan meneruskan agenda kehidupan di dunia yang lebih luas...

Pelajar tahun 2 bagaimana pula??? Ya, kami adalah penerus, penyambung, dan pewaris untuk terus menerajui perjuangan MAHASISWA yang telah lama dimulakan di bumi UKM ini khususnya. Kami merupakan sang pencinta varsiti, yang sayangkan kampus, yang cintakan kampus ini, yang sentiasa bercita-cita untuk melihat kampus ini dikuasai oleh satu semangat kehidupan yang berpaksikan keilmuan berteraskan keimanan yang kukuh. InsyaAllah satu hari nanti cita-cita ini pasti akan dicapai... pasti...

Saya??? Bagaimana??? Hmm... diri ini sering dilanda badai hebat, badai yang sentiasa mengganggugugat tiang IMAN yang belum berdiri teguh. Kadang2 terasa diri ini sudah tidak mampu berdiri lagi untuk meneruskan perjuangan yang kerdil ini. Jika ingin dibandingkan dengan sang pejuang di bumi palestin sana, jauh sekali... apatah lagi jika ingin dibandingkan perjuangan para sahabat Rasulullah dahulu... x layak...ish2...

Namun putus asa bukan prinsip diri... Allah tidak suka hambaNya berputus asa. Perjuangan perlu diteruskan, walau sekecil mana sekalipun perjuangan itu. Hanya redha Ilahi yang menjadi penguat diri. Saya ada bertemu beberapa orang sahabat lama, bila bertemu, mereka bertanyakan khabar dan memberi kata2 semangat kepada diri ini. Indah sungguh saat itu...hehe... Seorang daripada mereka berkata kepada saya, Dalam Perjuangan, mesti ada halangan... Jadi bersabarlah... huhu... saya cukup gembira mendengar kata2 itu, ya Allah... aku bersyukur dengan RahmatMu...

Beberapa hari lagi, akan bermula satu peperangan besar buat diriku...peperangan menentang kekuatan fizikal dan mental serta rohani dan jasmani diri ini (study pastu memerah otak dalam exam,hehehe)... mampukah aku??? InsyaAllah... aku akan berusaha bersungguh-sungguh, sebaik mungkin, dengan niat yang satu untuk mendapat keredhaan dari Allah S.W.T... Peperiksaan ini merupakan peluang untuk aku mengembangkan bakat aku dalam bidang yang aku ceburi ini, cehhh.... InsyaAllah...
Kepada sahabat2 sekalian... maaf dipinta daripada kalian... ihklaskan hati, sihatkan diri,dan mantapkan iman... SEMOGA BERJAYA pada peperiksaan kali ini... ma taufiq wannajah fil imtihan... insyaAllah... STUDENTTTT........ POWER.....!!!

SENYUM ITU SEDEKAH

SELAMAT EXAM!!!

MAHASISWA AGEN PERUBAHAN RAKYAT!!!

1MALAYSIA DIGEGAR!!!

MUKADIMAH
1. Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya. Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah umat.
2. Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataan saya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.
3. Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.
4. Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.
5. Ini berdasarkan kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang menyatakan:
“Kerajaan ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara ”

6. Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:
“APCO’s work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people.”
7. Kenyataan tersebut sebenarnya membuka pekung serta memunculkan lebih banyak persoalan. Ini bukan syarikat perhubungan awam biasa yang sekadar menulis ucapan mahupun kenyataan akhbar ataupun bertindak melonjakkan imej Perdana Menteri walau itupun amat dikesalkan kerana ianya dilakukan menggunakan dana rakyat. Dilaporkan usaha ini menelan belanja sekitar RM 20 juta. Secara sedar atau tidak kenyataan APCO mengakui bahawa lantikannya adalah untuk membantu strategi komunikasi yang menyeluruh, bermakna firma tersebut terlibat secara langsung memberi bantuan komunikasi di dalam pelbagai inisiatif dan dasar kerajaan. Ini bermakna, APCO terlibat secara langsung dalam mempengaruhi mesej yang disampaikan kepada rakyat dan saya akan terangkan dengan mendalam kenapa perkara ini sangat membahayakan kepada rakyat dan negara.
8. Pada 18hb Mac 2010, APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan gagasan 1Malaysia, kononnya konsep itu wujud sebelum APCO dilantik sebagai firma perunding.
9. Penafian yang dibuat oleh APCO itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran Perdana Menteri sekarang. Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, atau Dato’ Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya.

10. Sebuah portal berita telah melaporkan pada 28 Julai 2009 setakat mana penglibatan APCO dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib.
11. Antara lain, dilaporkan bahawa perkhidmatan APCO ini diperkenalkan kepada Perdana Menteri oleh Omar Mustapha, penasihat Perdana Menteri yang juga teman lama YB Rembau dan rakan kongsi firma perunding Ethos Consultancy. Saya akan buktikan selepas ini bagaimana perkaitan di antara Omar Mustapha dan APCO sebelum pun APCO dilantik secara rasmi sebagai perunding kerajaan.
12. Walaupun yang diumumkan kepada negara dan rakyat bahawa 1Malaysia dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri peranan Ethos Consultancy tidak boleh diremehkan. Ternyata kebanyakan dari kita tidak menyedari hubungan akrab eksekutif Ethos dan APCO yang masih berterusan.
13. Sebab itu kita tidak hairan, sebaik sahaja Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Omar Mustapha dikhabarkan membawa masuk APCO menjadi perunding komunikasi kerajaan.
14. Malah, laporan berita tersebut dengan jelas menyatakan bahawa seorang penasihat dari APCO telah pun ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak dari awal Perdana Menteri mengambil alih.
15. APCO juga dilaporkan terlibat secara langsung dalam menentukan strategi 100 hari pentadbirannya, termasuklah mesej dan dasar utama seperti 1Malaysia dan inisiatif yang lain.
16. Berdasarkan laporan tersebut juga pegawai-pegawai kanan kerajaan dikatakan tidak selesa apabila Perdana Menteri ingin menganugerahkan kontrak bernilai RM20 juta kepada APCO untuk meneruskan kerja-kerja rundingan kepada kerajaan. Kontrak itu dijangka dianugerahkan antara bulan Julai dan September 2009; iaitu selepas penglibatan individu dari APCO yang dibawa masuk pada tempoh awal Perdana Menteri mengambil alih.
17. Semua ini bukan saya yang kata, bukan Pakatan Rakyat yang cipta – semuanya telah pun dilaporkan sejak tahun lalu dan ianya belum pun dinafikan pihak yang dikatakan terlibat.
18. Sebab itu mengambil kira beberapa peristiwa atau contoh yang berlaku apabila kerajaan ditipu oleh penasihat-penasihat asing sehingga menyebabkan kerugian berbillion ringgit; atau diaibkan di peringkat antarabangsa; saya melihat episod perlantikan APCO ini sebagai satu lagi kelalaian yang boleh merugikan dan membahayakan negara.
19. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan untuk tidak mengulangi kesilapan dan kelalaian lepas apabila terlalu percayakan penasihat asing sehingga kita tidak memeriksa dengan tepat reputasi mereka serta penglibatan mereka sebelum ini. Apatah lagi perlantikan tersebut diselubungi misteri dan tanpa penelitian.
20. Dulu, mantan Perdana Menteri mengizinkan kerajaan melantik David Zaidner dari firma Marc Rich untuk menasihati agensi kerajaan dan Bank Bumiputra cuba memanipulasi pasaran timah sedunia sehingga kita kerugian besar. Tidak sewajarnya kita lupa skandal Maminco itu. Mantan Perdana Menteri ketika itu seolah-olah tidak meneliti dahulu rekod David Zaidner, yang diketahui umum tidak suka mengikut peraturan dan undang-undang di dalam amalannya.
21. Kemudian, episod yang membabitkan Jack Abramoff hanya untuk mendapatkan satu temujanji dengan Presiden Bush dalam tahun 2002 dengan membayar USD$1.2 juta tanpa memeriksa dahulu latar belakang Jack Abramoff. Dalam tahun 2006, kerajaan Malaysia dimalukan apabila Jack Abramoff didapati bersalah menipu dalam satu transaksi kewangan sehingga dipenjarakan dan pada masa itulah semua penglibatan kerajaan Malaysia didedahkan. Abramoff juga merupakan seorang pelobi yang terlibat dalam penipuan tanah kaum peribumi Amerika Syarikat(Red Indian) untuk tujuan pembinaan kasino. Perlantikan Abramoff juga dibuat dengan penuh kerahsiaan dan pasti tidak diketahui umum sekiranya Abramoff tidak diheret ke muka pengadilan di Amerika Syarikat.
22. Walaubagaimanapun, mantan Perdana Menteri tersebut hanya memberikan tugasan yang spesifik kepada firma Marc Rich dan Jack Abramoff dan tidak melibatkan perjalanan jentera kerajaan yang menyeluruh.
23. Dalam konteks inilah, kita melahirkan kebimbangan kerana kenyataan keraajaan sendiri menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat. Kenyataan APCO menyatakan:
“will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”
24. Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO.
APCO DAN MODUS OPERANDI
25. Tetapi sebelum kita meneliti dengan lebih dalam kenapa penglibatan APCO secara rapat dengan kerajaan merupakan satu risiko yang wajar kita elakkan, kita perlu meneliti dahulu modus operandi firma-firma seperti APCO.
26. Hanya dengan memahami modus operandi yang digunakan oleh APCO, baru kita boleh memahami kenapa penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia diselubungi misteri dan rahsia.
27. APCO memanglah sebuah firma hubungan awam bertaraf antarabangsa. Reputasinya digilap kerana penglibatan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan pentadbiran Amerika Syarikat atau pun ahli-ahli politik di Capitol Hill.
28. Pada masa yang sama, APCO juga menggunakan khidmat mereka yang mempunyai pengaruh di dalam bidang atau kerajaan masing-masing. Kalau kita lihat senarai Panel Penasihat Antarabangsanya, ahli penasihat APCO termasuklah beberapa tokoh diplomatik dan tokoh perisikan Israel.
29. Oleh itu, adalah penting untuk Dewan dan rakyat memahami bahawa reputasi APCO adalah sebagai sebuah firma pelobi. Apa fungsi firma pelobi di Washington?
30. Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.
31. Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik. Saya akan senaraikan selepas ini contoh-contoh pemimpin sebegini; yang secara tidak langsung kini Perdana Menteri Dato’ Seri Najib telah mendapat penghormatan kerana tergolong dengan pemimpin-pemimpin sebegini.
32. Untuk menjalankan tugas ini, mereka juga perlu menjaga nama dan reputasi mereka sebagai firma perhubungan awam. Sebab itu ada beberapa perkara penting di dalam modus operandi mereka yang perlu kita fahami.
33. Pertama – mana-mana pihak yang mengambil APCO sebagai perunding akan menandatangani perjanjian. Salah satu bahagian utama di dalam perjanjian ini adalah mengenai perkara-perkara rahsia; dengan izin “Confidentiality” atau “non-disclosure”.
34. Reputasi APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang berimej buruk ini.
35. Sebab itu, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia, atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia. Biar saya ingatkan rakyat Malaysia tidak mudah untuk diputarbelitkan.
36. Mereka faham bahawa adalah menjadi sebahagian dari tugas APCO, seperti yang termaktub di dalam perjanjian lantikan bersabit perkara-perkara sulit dan rahsia; untuk melindungi klien mereka dan secara langsung menafikan penglibatan.
37. Saya ambil contoh dua perjanjian lantikan yang melibatkan APCO. Satu yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan APCO bertarikh 4hb Ogos 2009 yang secara khusus memberi tugasan kepada APCO untuk membaikpulih imej kerajaan Malaysia. Ini mempunyai tandatangan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri sendiri, iaitu Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menunjukkan betapa dekatnya APCO dengan Perdana Menteri – sedangkan pada kebiasaannya perjanjian kerajaan hanyalah ditandatangani oleh pegawai-pegawai kerajaan sahaja.
38. Satu lagi contoh adalah perjanjian lantikan oleh Kerajaan Israel yang melantik APCO untuk menjalankan tugasan yang sama, bertarikh 9hb Januari 1992 . Pada jangka waktu yang sama, Ehud Barak masih berkhidmat sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Negara Israel.
39. Kedua-dua perjanjian ini dengan jelas menghuraikan peranan APCO sebagai pelobi; yang antara lain perlu menyimpan rahsia-rahsia kerajaan yang diberikan kepada APCO dalam menjalankan tugasan. APCO juga tidak boleh mendedahkan maklumat kecuali diberi keizinan oleh kerajaan Malaysia. APCO malahan terlibat dengan apa yang dipanggil sebagai komunikasi strategik yang menyeluruh.
40. Kita berhak menuntut kerajaan dan Perdana Menteri datang ke Dewan Rakyat dan berterus terang mengenai perjanjian yang telah ditandatangani dengan APCO – terutamanya semua soalan-soalan yang telah saya timbulkan minggu lalu mengenai tugasan, bayaran, penasihat-penasihat yang terbabit dan pengaruh mereka setakat ini.
41. Berbalik kepada modus operandi yang kita tekankan tadi. APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin “associates”) di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.
42. Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO.
43. Jadi kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.
44. Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International. Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.
45. Oleh sebab itu, kita perlu berhati-hati dengan penafian oleh APCO bahawa ianya tidak terlibat. APCO sebagai sebuah firma mungkin tidak terlibat dengan idea gagasan 1Malaysia – Apa mungkin Perdana Menteri hadir ke Dewan Rakyat dan menyatakan secara tegas bahawa tidak ada mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO atau firma bersekutu dengan APCO atau penasihatnya yang terlibat dengan gagasan 1Malaysia? Kita pertikai gagasan penting bagi pentadbiran sekarang tidak tergolong dengan apa yang dikira sebahagian dari komunikasi yang menyeluruh.
46. Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO? Perdana Menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur. Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel.
47. Perdana Menteri juga perlu menerangkan kepada Dewan; kenapa Omar Mustapha penasihat yang dipercayai Perdana Menteri dilaporkan membawa APCO untuk menasihati kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya 1Malaysia? Tidakkah ini menimbulkan persoalan mengenai perkaitan di antara Ethos, APCO dan 1Malaysia? Manakala itu Perdana Menteri beria-ia menonjolkan Omar Musthapa sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Petronas walaupun ditolak pada mulanya oleh Lembaga Pengarah atas alasan gagal membayar biasiswanya.
48. Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri, kerana kita tahu modus operandi APCO yang diselubungi degan rahsia dan melibatkan banyak individu yang bernaung dengannya tetapi menggunakan firma-firma yang berlainan.
REKOD APCO
49. Kebimbangan kita mengenai penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia banyak bersabit dengan rekod APCO dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.
50. Ada dua aspek yang membimbangkan kita – pertama; APCO banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing. Sehinggakan akhbar The Times of India menulis bagaimana APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya . Rencana tersebut menyenaraikan antaranya:
“Adolf Hitler was a brilliant propagandist. Narendra Modi too believes in the power of image.
Which is probably why the chief minister hired a US lobbying firm which has serviced clients like former Nigerian dictator Sani Abacha and President-for-life of Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayev.
This Washington-based firm, Apco Worldwide, was hired by Modi sometime in August this year, in the run-up to an important Assembly election, to improve his image before the world community. Among its recent clients are Mikhail Khodorkovsky, a former Communist youth leader-turned-Russian billionaire with mafia links.”
51. Keduanya; mereka yang terlibat dengan APCO mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Israel serta ahli politik Amerika Syarikat yang mempunyai pandangan yang serong terhadap umat Islam.
52. Soalan saya kepada Perdana Menteri – jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO sebagai perunding kerajaan?
53. Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?
54. Saya ingin kupas kedua-dua aspek dan memberikan bukti bahawa berdasarkan rekod APCO selama ini, sewajarnya kerajaan tidak melantik mereka kecualilah kepakaran yang diperlukan kerajaan adalah kepakaran menggunakan wang untuk membeli pengaruh di Washington.
55. Dalam tahun 2007, seorang wartawan penyiasat yang terkenal di Amerika Syarikat bernama Ken Silverstein telah menyamar untuk melantik APCO mewakili kerajaan Turkmenistan. Beliau telah melaporkan hasil siasatannya mengenai peranan dan pendekatan APCO membantu membersihkan imej diktator-diktator dunia di dalam sebuah rencana yang disiarkan di dalam Majalah Harper’s. Berikut antara pendedahan majalah tersebut:
Apco was the first firm i contacted, because it was a natural candidate to represent Turkmenistan: it has experience working not just on behalf of authoritharian regimes in general-the dictatorship of General Sani Abacha in Nigeria, for example, which employed the firm in 1995, the same year it hanged 9 democracy activists.”
56. Pendedahan Ken Silverstein itu jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh APCO dalam membantu pemimpin-pemimpin yang begitu buruk rekodnya. Nama-nama yang disebut di dalam pendedahan tersebut termasuklah Barry Schumacher yang juga pernah terlibat di dalam tugasan lantikan kerajaan Israel pada tahun 1992 dan Jennifer Millerwise Dyck, bekas jurucakap CIA dan jurucakap Naib Presiden Dick Cheney; yang rekodnya di dalam perang di Afghanistan dan Iraq kita semua sedia maklum.
57. Sekiranya YB meneliti laporan tersebut, lebih membimbangkan adalah pendekatan yang diambil oleh APCO dalam menjalankan assignment itu.
58. Kepada kerajaan yang melantiknya, mereka dijanjikan pertemuan-pertemuan dengan pemimpin Kongres, dialog atau seminar dengan pelbagai institusi untuk memberi imej yang amat berlainan dengan apa yang berlaku.
59. Kepada pemimpin Kongres dan kerajaan Amerika Syarikat, mereka akan menjaja pertemuan-pertemuan ini sebagai peluang untuk mempengaruhi kepimpinan kerajaan yang melantik mereka sebagai perunding. Tidakkan ini satu amalan yang kurang beretika kerana ia seolah-olah mengambil untung di kedua-dua belah pihak? Bukankah ini satu isu yang besar apabila ada risiko campur tangan semata-mata untuk mendapatkan pertemuan-pertemuan di Washington?
60. Sebab itu saya akan terangkan selepas ini risiko-risiko yang telah ditanggung oleh negara apabila Perdana Menteri dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak dari Ethos untuk melantik APCO.
61. Senarai pemimpin-pemimpin yang menggunakan khidmat APCO untuk membaikpulih imej diktator adalah panjang dan mengejutkan.
62. Selain Turkmenistan, Kazakhstan dan Azerbaijan; salah seorang klien APCO yang paling terkenal adalah bekas diktator Nigeria iaitu General Sani Abacha. Mengikut laporan-laporan BBC General Sani Abacha merupakan pemimpin berkedudukan No. 4 yang paling korup di dunia. Semasa pemerintahannya, berbillion-billion dollar dilesapkan. Wang yang dilesapkan oleh orang kanannya sahaja berjumlah USD$2.5 billion.
63. APCO sebagai firma perhubungan awam yang terlibat dengan komunikasi strategi mempunyai misi untuk melunakkan imej Sani Abacha yang melesapkan wang negara.
64. Aspek kedua yang membimbangkan kita adalah kehadiran ramainya tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan kerajaan Israel dan organisasi pertahanan negara itu termasuklah agensi perisikan sebagai perunding atau penasihat APCO.
65. Tidakkah tindakan Perdana Menteri melantik APCO, yang umum diketahui rapat dengan tokoh-tokoh kanan rejim Zionis, merupakan sikap kepura-puraan? Di depan rakyat, kerajaan Barisan Nasional bercakap mengenai perjuangan Palestin, mengutuk rejim Zionist malah merotan pesalah-pesalah rakyat marhaen yang lemah untuk membuktikan ia sebuah kerajaan yang menegakkan Islam – adil atau tidak itu belakang kira.
66. Tetapi secara senyap di belakang, tanpa pengetahuan rakyat; Perdana Menteri dinasihati secara terus dan dekat oleh sebuah firma yang ditunjangi oleh tokoh-tokoh kanan rejim Zionis? Regim yang memenjarakan Gaza dan menindas baik umat Islam dan mereka yang beragama Kristian di Palestin.
67. Secara khususnya, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon, Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein . Ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan rejim Zionis.
68. Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi Keselamatan Israel. Apa itu Agensi Keselamatan Israel?( Israel Security Agency)
69. ISA adalah nama rasmi kepada satu organisasi yang cukup busuk namanya di kalangan umat Islam; iaitu Shin Bet. Apa ini Shin Bet? Shin Bet adalah adik kembar kepada Mossad; iaitu agensi perisikan Israel. Bezanya – Shin Bet adalah agensi perisikan dalam negara dan Mossad adalah agensi perisikan luar negara.
70. Siapa lagi tokoh-tokoh kanan rejim Zionis di dalam APCO? Antaranya Itamar Rabinovich; Duta Israel ke Amerika Syarikat, salah satu jawatan terpenting dalam rejim Zionis. Ini adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan ini. Begitu juga dengan Shimon Stein iaitu mantan duta Israel ke Jerman. Kedua-dua ini merupakan jawatan diplomatik kanan buat Negara Israel. Kedudukan mereka yang kanan dalam lingkaran diplomatik memperlihatkan keupayaan mereka untuk mempengaruhi serta melobi bagi pihak APCO sekarang.
RISIKO KEPADA NEGARA
71. Sebab itu kita menimbulkan isu ini kerana ia melibatkan keselamatan dan reputasi negara serta maruah umat.
72. Kita jelas mengapa kita bangkitkan isu ini. Ianya kerana kita mempertikaikan tindakan kerajaan menganugerahkan kontrak perkhidmatan puluhan juta ringgit kepada sebuah syarikat yang mana ada dari kalangan eksekutif kanannya pernah memegang jawatan tinggi dalam organisasi seperti Shin Bet dan Kerajaan Israel. Kita khuatir kerana pentadbiran Dato’ Sri Najib seperti tidak runsing dan gundah mengambil sebuah firma yang tercemar dengan rekod berkhidmat untuk para diktator dan petindas. Sikap membisu Perdana Menteri pastinya mengundang pelbagai kemusykilan serta persoalan.
73. Membicarakan persoalan seperti komunikasi menyeluruh, pastinya ia berkait rapat dengan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan dan banyak kementerian lainnya. Maknanya APCO mempunyai akses/terdedah kepada jaringan strategik serta penting dan pastinya memberi kesan kepada keselamatan negara. Melantik organisasi asing yang mempunyai rekod seperti APCO, lalu mengamanahkannya dengan tanggungjawab besar serta kemudahan sedemikan rupa pastinya menggadai kepentingan negara. Oleh kerana itu saya menggesa kerajaan agar segara membatalkan kontrak perkhidmatan dengan APCO dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal yang memalukan ini.

*Ini bukan sebahagian dari ucapan. Sekadar penilaian dan perbandingan pihak tuan berhubung persamaan di antara 1Malaysia dan 1Israel:
a. 1Israel adalah parti gabungan yang dipimpin oleh Ehud Barak yang menang pilihanraya Israel pada tahun 1999. Ia pada asalnya mengumpulkan Parti Buruh, Gesher dan Meimad dan kemudiannya bergabung dengan parti-parti agama Yahudi dan sayap kanan seperti Shas, Meretz dan beberapa parti lain.
b. 1Israel menandakan beralihnya dasar Parti Buruh menjadi lebih keras dan bersayap kanan; dengan kemasukan parti-parti lain di dalam gabungan. Ia merupakan gabungan pilihanraya yang mengumpulkan parti-parti perkauman bersayap kanan yang berbeza ideologi dan kepentingannya.
c. Sebab itu pendekatan yang diambil oleh Ehud Barak adalah dengan menumpukan kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh 1Israel kepada rakyat untuk mengalih perhatian pengundi daripada perbezaan ideologi parti-parti di dalam 1Israel.
d. Platform 1Israel menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik terutamanya di dalam pendidikan dan kesihatan yang terpampang di papan tanda besar.
e. Mesej-mesej yang konsisten di papan tanda besar ini adalah tumpuan 1Israel untuk mendahulukan rakyat; dengan mendahulukan perkhidmatan seperti pendidikan dan kesihatan sebelum meluaskan kawasan penempatan Israel.
f. Jadi mesej 1Israel adalah “rakyat didahulukan”, mesej 1Malaysia adalah “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.
g. Satu lagi inisiatif utama kerajaan 1Israel adalah dengan merombak sistem kesihatan. Di bawah 1Israel, fungsi Kementerian Kesihatan diubah dengan menjadi perancang dan mengurangkan penekanan kepada rawatan wad dan hospital – sebaliknya rakyat digalakkan mendapatkan rawatan pencegahan sebelum ke hospital; sama ada di klinik atau dengan ubat-ubatan yang diberikan.
h. Maka 1Israel penekanannya adalah klinik, di Malaysia kita ada Klinik 1Malaysia.
i. Selain itu di bawah 1Israel pelbagai tabung, yayasan dan kempen dilancarkan secara bertubi-tubi; semuanya di bawah payung 1Israel. Begitulah juga di Malaysia tiap-tiap hari kita disuap dengan pelancaran, yayasan (contohnya Yayasan 1Malaysia), tabung, kampung dan pelbagai lagi – semuanya konsep 1Malaysia.

Pejabat Ketua AMK

Thursday, April 1, 2010

Si Sang Penipu Besar

Sudah lama rasanya blog ini tidak membicarakan agenda siasah atau politik. Sang penulis terlalu lama memendam idea yang muncul bercurah-curah untuk diketengahkan  ke dalam blog ini buat tatapan pembaca sekalian. Alasan yang saya beri adalah tidak cukup masa. Ke mana masa tu saya campakkan? Walhal blogger2 lain ada saja masa untuk menulis entri baru mereka. Jadi apa yang tidak cukup sekarang? Masa? hmm... tepuk dada tanya minda... peribahasa baru ke ni? hehe... tepuklah dada tanyalah selera kamu ye...

Berbalik kepada topik yang ingin sang penulis bincangkan, berbagai persoalan yang mungkin timbul. Kenapa nak bincang soal politik? Kenapa tak bincang soal lain? Kenapa? Kenapa? Kenapa? hehe...

Haa... mai sini ceq bg tau sebabnya... 

Saya ada terbaca satu blog yang dimiliki oleh seorang MPP UKM yang beraliran kanan kononnya. Dengan penuh yakin dan bangganya dia mengatakan yang GMUKM adalah penipu. Penipu? Kenapa? Huh... betul ke GMUKM ini adalah penipu? Pada pandangan saya sebagai seorang Mahasiswa UKM, saya melihat apsirasi merupakan Si Sang Penipu BESAR yang sebenarnya. Saya rasa ramai lagi rakan2 Mahasiswa yang lain bersetuju dengan saya. Betul tak? Mesti Betul punya la...

Pelbagai bukti yang menunjukkan mereka ini merupakan Si Sang Penipu Besar, contohnya ketika PRK yang lalu. Macam-macam strategi yang mereka gunakan menyalahi undang2 PRK itu sendiri. Nak kata bodoh, masuk Universiti, nak kata pandai, buat benda bodoh. Jadi nak kata apa? Mudah je... Kita panggil mereka sebagai Si Sang Penipu Besar yang Pandai Menipu. Haa... makin panjang nama mereka. hehe....

(Sang penulis dah jemu untuk menulis perkara2 mengenai salah laku yang dilakukan oleh Si Sang Penipu Besar ketika PRK lepas, BANYAK SANGAT)

Ini masanya...

PRK akan datang merupakan PRK yang sangat penting bagi mahasiswa UKM khususnya, kerana ini merupakan peluang penting untuk mahasiswa mula menolak Si Sang Penipu Besar yang Pandai Menipu. Kita perlu menolak mereka demi perubahan selamanya.

Blog ini akan terus dicetak dengan agenda kepolitikan untuk terus menegakkan keadilan dan menyatakan suara keinginan Mahsiswa UKM. GMUKM tidak pernah mencuba menegakkan benang yang basah, cuma pihak aspirasi sahaja yang sentiasa menumbangkan tiang yang lurus...




WE UNITE FOR OUR VARSITY

MAHASISWA AGEN PERUBAHAN RAKYAT!!!

Related Posts with Thumbnails