SELAMAT DATANG

Tuesday, March 30, 2010

Datang Jangan Tak Datang...


Bila Exam Dah Dekat!!!
macam tajuk filem plak, hehehe...

Thursday, March 18, 2010

Akhlak & Kekuatan

ISLAM PENYELAMAT UMMAH

Menurut pakar sosiologi akhlak adalah berubah dan berkembang mengiringi zaman ataupun hasil daripada pengalaman seseorang individu. Namun begitu, di dalam Islam akhlak adalah suatu yang tetap dan tidak berubah dengan berubahnya zaman dan tempat. Khususnya, perkara yang berkaitan amalan mulia yang telah ditetapkan oleh agama atau amalan tercela yang diharamkan agama. Secara konklusinya akhlak bukanlah hasil pengalaman namun ianya merupakan suatu ketetapan agama, nilai dan adab-adabnya.

Akhlak Rasulullah S.A.W. merupakan teladan seluruh umat Islam - ia juga adalah Al-Quran  al-Karim sepertimana yang disebut oleh Aisyah r.a. ketika ditanya tentang akhlak Rasulullah S.A.W.., beliau mengatakan, maksudnya: Akhlak Baginda adalah Al-Quran (apa yang Al-Quran huraikan mengenai akhlak yang mulia)

Apabila islam itu adalah akhlak - ia sentiasa memerlukan kepada kekuatan yang menjadi sandaran dan sokongan baginya di dalam kehidupan manusia. Akhlak Al-Quran yang merupakan akhlak seorang muslim juga memerlukan kepada sesuatu kekuatan untuk mempertahankannya, menyokongnya, meninggikannya, dan memestikannya ke atas manusia sebagai suatu kewajipan yang perlu dilakukan kerana ia adalah kebenaran yang datang daripada Allah S.W.T. untuk kemaslahatan manusia di dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Maka,

Akhlak dan kekuatan merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan agar kehidupan manusia terus mengikut jalan yang lurus...

MAHASISWA AGEN PERUBAHAN RAKYAT

Thursday, March 4, 2010

Dialog Di Pusara Ayahanda...

...Ramli, anak arwah Pak Hamid (bkn nama sebenar), pulang dari luar negara sebagai seorang jurutera dan hafiz. Mereka yang tidak kenal asal usul Ramli, kagum. Mereka yang mengenali lebih kagum.

...Ramli adalah anak kepada arwah Pak Hamid, Pak Hamid merupakan seorang yang terkenal di kampungnya sebagai seorang yang buruk perangainya. Solat tidak. Puasa tidak. Menjengah ke surau langsung x pernah. Berjudi, minum arak dah jadi kebiasaannya. Ibunya pula telah lama meninggal dunia.
...Namun Ramli seorang anak yg luar biasa, walaupun mengalami pelbagai masalah dan cabaran dalam meneruskan kehidupan, dia berjaya meneruskan kehidupan dengan cemerlang dan juga berjaya di dalam akademik serta menjadi seorang hafiz. Sebelum itu, ayahnya meninggal dunia ketika dia baru memasuki sekolah berasrama penuh...

...Ketika Ramli pulang menjelang pengebumian jenazah ayahnya, dia menangis. Sebatang kara. Orang kampung kata macam-macam tentang arwah ayahnya. Berdosa besar. Jeazahnya berat, berat dosalah, macam-macam lagi.
...Mujurlah ada seorang lelaki datang kepadanya, lelaki itu berkata kepada Ramli...

"Ramli, kalau benar kamu sayangkan ayah kamu, jadilah anak yang soleh. Doakan dia. Itu sahaja jalannya untuk menyelamatkan ayah kamu di alam barzakh. Untuk harumkan kembali nama ayahmu di dunia, kamu belajar bersungguh-sungguh. Jadi orang yang berjaya dalam hidup. Insya-Allah, kecemerlangan kamu akan menjulang kembali nama ayah kamu yang dikata-katakan orang pada hari ini." Airmata lelaki itu mengalir ketika memberi nasihatnya...

...Ramli hanya mengesat air mata dan mengangguk-angguk...

Ramli berjaya melakukannya... Kini dia bergelar imam Ramli. Demi cinta kepada ayahnya, dibela maruah ayahnya di dunia dan akhirat...

"Kita mesti terima kenyataan bahawa kita masih mampu menjadi anak yang soleh walaupun bapa kita bukan seorang yang soleh. Dan tidak semestinya bapa soleh maka anaknya secara automatik jadi anak yang soleh."

"Itulah bukti keadilan Allah S.W.T.. Dosa dan pahala tidak boleh dipindah milik, iman itu tidak boleh diwarisi."...

Kisah ini dipetik dari buku Nota Hati Seorang Lelaki untuk dikongsikan dengan sahabat2...

 

 

Wednesday, March 3, 2010

...jap lagi...

Ada seorang anak, Ali namanya. Dia begitu meminati burung, di rumahnya terdapat pelbagai jenis burung yang menjadi haiwan peliharaannya... Salah satu burung yang paling disayanginya adalah burung tiong... burung itu mempunyai bulu yang sangat cantik, suara merdu, dan warnanya yang menarik.

Pada suatu hari, ketika Ali sedang berbual bersama dengan rakannya, emaknya memanggil, "Ali, ada kucing tengok burung kamu tu... pergi halau!!!"... Ali berkata "jap lagi makkkk.........." 

Selang beberapa ketika, emaknya memanggil lagi, "Ali!!! cepat tengok burung tiong kamu tu, kucing dah dekat ngan sangkar dia...Dengan penuh yakin Ali berkata "jap lagi la makkk....."

Kali ini mak Ali memanggil lagi, "Ali!!!!!!!!!!!!!... burung tiong kamu!!!!" Ali menjawab "jap lagiiiiiiiiiiiiii................................"

Kali ini mak Ali memanggil lagi, dia memberitahu yang burung tiong itu sudah mati dimakan kucing. Ali begitu terkejut. Dia berasa sungguh sedih, dan menyesal. Slogan keramat "jap lagi" mula menghantuinya... dia berjanji pada diri untuk tidak mengulangi slogan keramat itu lagi demi cintanya pada si Tiong... Jap lagi tidak akan diulanginya lagi...

Sahabat2...jadikan la cerita ini sebagai pengajaran, sikap bertangguh memang merugikan. Jangan jadikan jap lagi sebagai perkataan yang paling mudah keluar dari mulut kita. 

Masa Itu emas...
Ayuh Mahasiswa!!! Tingkatkan Kayuhan, Menuju Perubahan!!!

Mahasiswa Pengayuh Perubahan!!!

Tuesday, March 2, 2010

.:malignan tumor:.

Apa yang terjadi kepada mahasiswa masakini??? Kesenyapan mereka semakin dirasai, kebisingan mahasiswa dalam melaungkan suara dan pendapat yang bernas semakin tidak kedengaran. Pandangan kritis dan inovatif dari seorang insan yang bergelar mahasiswa semakin sukar untuk diperolehi. Secara mudahnya masyarakat semakin ketandusan anak muda yang mampu membawa perubahan dalam kehidupan. 

Mana perginya mereka??? Tiada di kampuskah??? Mungkin di dewan kuliah??? ataupun di kedai2 kopi,hehe... lebih parah lagi di tempat2 hiburan??? hmm...

Jadi kenapa...
Mahasiswa makin layu dan beku...

Ibarat daun hijau yang x tahan dek kepanasan mentari di musim kemarau dan mungkin juga ibarat air di tasik menjadi beku di  musim sejuk. Mereka hanya mengikut suruhan, buat itu, buat ini, fikiran tidak bercambah. Minda jadi beku, tidak boleh mencair untuk mencurahkah idea yang baru. Salah siapa??? Mahasiswakah??? Ibubapakah??? Pensyarahkah??? Masing2 ada sbb terhadap jawapan yg berlegar di fikiran, betul x???...

Kita tengok lagi...
 
Mahasiswa kini lebih gemar menjadi pengikut setia kepada budaya kapel, lepak di maple, dengar konsert, tengok wayang, pergi shopping, mcm2 lg la... Mengapa jadi macam ni??? Adakah ini semua merupakan syarat wajib untuk menjadi mahasiswa??? jadi...

Nak tanya siapa??? Siapa yang bergelar mahasiswalah yg kena jawab..saya tahu anda tahu jawapannya...

Pelbagai persoalan yang timbul bukan,namun ini bukan masanya untuk mencari apa puncanya, tetapi ini adalah masa untuk mula mengubati penyakit kelesuan mahasiswa, supaya penyakit ini tidak merebak dan menjadi malignan tumor dalam masyarakat mahasiswa...


fikirkanlah...
Related Posts with Thumbnails