SELAMAT DATANG

Sunday, January 31, 2010

" DARI KUBUR KAMI BANGKIT "

Jangan sesekali tanam kami dalam kubur selagi kami belum mati!!! Mahasiswa skrg bukan anak kecil yang boleh disuruh tidur hanya dgn menyumbatkan botol susu ke mulut. Kami bukan lembu yang boleh dicucuk hidung dan ditarik kemana saja. KAMI MAHASISWA!!! Kami anak muda yang mampu berfikir, anak muda yang matang dalam membezakan mana yang hak dan mana yang batil.

     Kami bersuara, kami bertindak, kami bergerak sebegini hanya kerana kami inginkan keadilan tertegak di bumi Allah ini. Kami redha jika kami kalah, kerana kalah bukan beerti GAGAL, kalah beerti kami BELUM menang. Kami cuma inginkan keadilan di bumi UKM ini. Tak perlu lawan mahasiswa dgn FRU, kami tak pernah bom bangunan, kami tak pernah pecahkan kereta sesiapa, kami cuma ingin berSUARA, supaya SUARA ini didengar oleh umat manusia yg hidup di bumi UKM ini khususnya. Kami ingin mereka tahu betapa keadilan itu tidak cuba utk dihidupkan di bumi ukm ini.
     Anak muda akan bangkit lagi jika perkara seperti ini terus berlaku . Akan lahir Salahuddin al-Ayubi dari perjuangan ini, insyaAllah... Kami tak pernah kenal erti lelah, erti letih, erti penat, erti takut, yang kami tahu kami inginkan keadilan tertegak. TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!

     Walaupun kami ditanam hidup2 di dalam kubur yg tak bernama, kami tetap akan berjuang untuk bangkit, seorang MAHASISWA yang gugur dalam perjuangan akan diganti dgn 100 MAHASISWA YG MEMPUNYAI SEMANGAT YG LEBIH HEBAT. " DARI KUBUR KAMI BANGKIT "

 
MAHASISWA SEJATI

Tuesday, January 26, 2010

Kekuasaan Itu Harus Direbut

Kita sering menyerukan amar makruf nahi mungkar. Namun kita jarang berfikir untuk menjadi 'amir' penguasa ataupun mencalonkan 'amir'. Bagaimana mungkin kita boleh memerintah kalau tidak ada pemerintah???
     
     Sekarang peluang terbuka. Pertanyaannya, sediakah kita bersaing??? Sediakah kita mengalahkan lawan yang sentiasa mengintai peluang untuk menjatuhkan kita??? Pertempuran yang kita hadapi sekarang bukan hanya menghadapi cacian, makian, dan penghinaan seperti yg dialami Rasulullah s.a.w. ketika ketika di Mekah. Kita sedang berdiri di 'Madinah'!!! Di depan kita terbentang  'Medan Badar'. Di depan sana ada 'Bukit Uhud'. 'Pasukan Ahzab' telah mengepung kita dari segenap penjuru, sedia melancarkan serbuan.

     Kita berhadapan bukan dengan org2 seperti kafir Quraisy yg tidak rela kekuasaannya direbut. Di kalangan kita menyusup keturunan Abdullah bin Ubay, si munafik yang merasa disaingi. Di depan kita berdiri org2 yahudi yg tidak pernah rela  Islam tegak di muka bumi. Kini, sebahagian kita berada di 'Medan Badar'. Watak seperti Utbah bin Rabiah tidak hanya akan memberikan tawaran mengiurkan. Dia akan datang bersama-sama saudaranya, Syaibah bin Utbah dan puteranya Walid bin Utbah. Tugas kita adalah menyediakan seorang Ali bin Abi Talib untuk melawan Walid bin Utbah. Menyediakan Hamzah bin Abdul Mutalib untuk membunuh Syaibah bin Rabiah. Menyediakan Ubaidah bin Harits untuk menerima tentangan Utbah bin Rabiah.

     Kini, sebahagian kita berada di 'Medan Uhud'. Di seberang sana, pasukan lawan sudah menunggu. Tugas kita adalah merencana strategi. Menyediakan pasukan pemanah untuk berjaga-jaga, bagaimana pun keadaan perang. Di antara kita ada Abu Dujanah yang sedia memenuhi hak pedang Rasulullah s.a.w. Perang benar2 sudah di depan mata. Hanya menghitung hari sahaja.


     Memang, jika tiba saatnya kemenangan pasti datang. Tapi bukan tugas kita untuk menunggu. Kekuasaan itu harus direbut. Kemenangan itu harus disambut. Sekarang saatnya!!! 


                                      "KEMENANGAN ITU HARUS DIREBUT"

Kembali Menulis...

Dah lama rasanya saya x menulis dan meng'update' blog ni. Biasala, saya ni mmg lemah ckit dalam bab penulisan ni. Mungkin sbb saya kurang membaca dan kurang praktis dalam menulis. Tapi kali ini saya ingin tampil semula dalam arena blog yg sememangnya amat popular buat masa skrg. Saya ingin mulakan praktis menulis. Saya percaya blog merupakan wadah terbaik utk kita canangkan idea dan pendapat. InsyaAllah...

Sedar atau x, kita skrg sudah berada dlm minggu ke6 semester ke2 bg sesi 09/1o ini. Kehidupan di kampus menjadi semakin sibuk dgn pelbagai program dan aktiviti, samaada di kampus ataupun di fakulti (sibuk2 jgk, stdy jgn lupe bro...hehe ingtn utk diri..;)). Namun kini kita berada dlm minggu yg amat menarik dan sibuk (bg saya la), minggu ape lg kalau bkn minggu PRK. Wah2... sape la agaknye yg akan menang kali ni ye, Pro-Aspirasi ke or Gabungan Mahasiswa??? Hmm... kita tgu je kptsnnye nnt (InsyaAllah pihak yg BENAR akan menang, ngee...).

Bila kita berbicara soal PRK, tentunya ia berkaitan tentang pemilihan tampuk KEPIMPINAN MAHASISWA di varsiti kita yg tercinta ini. Di sini saya teringat akan satu Hadis Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Maksudnya: "Janganlah engkau meminta kepimpinan (imarah). Jika engkau menerima kepimpinan atas dasar permintaan, nescaya akan membebanimu. Jika kepimpinan itu diberikan bukan atas dasar suatu yang kita inginkan, engkau akan ditolong (dalam melaksanakannya). "
HR an -Nasa'ie

Jadi, kepada calon yang bertanding dalam PRK kali ini, ambillah pengajaran dari Hadis di atas. InsyaAllah...(nak penjelasan ttg perkara ini boleh baca buku BELAJAR DARI DUA UMAR...nk pinjam dr saya pun boleh)





Related Posts with Thumbnails