SELAMAT DATANG

Thursday, February 11, 2010

bila penamatnya...

Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa? Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini. Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. 







Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini. Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya.

Masya-Allah...
Sama-sama kita renungkan...

*Sumber daripada Utusan Malaysia. 


.:ISLAM PENYELAMAT UMMAH:.

Saturday, February 6, 2010

...::REHAT MINDA::...

Pelajar : Ustaz, macam mana kita nak kenal Allah?

Ustaz : Teradapat banyak cara kita nak kenal Allah... 

Pelajar : Apakah cara-caranya ustaz? 

Ustaz : Antaranya kita kenal Allah dengan melihat dan menghayati kejadian-kejadian ciptaan-Nya. 

Pelajar : Macam mana tu? 

Ustaz : Cuba kamu lihat langit, bagaimanakah ia dicipta diangkat keatas? 

Pelajar : Yelah ustaz, langit berada di atas tanpa ditongkat. Betapa agungnya Allah SWT...  

Friday, February 5, 2010

...ini IKRAR kami...

IKRAR KERAMAT MAHASISWA
SUMPAH SETIA KAMI
Bahawasanya Kami, Mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia
Berikrar dan Berjanji, Menjunjung dan Membela Tinggi
Varsiti Universiti Kami
Bahawasanya Kami, Berikrar dan Berjanji
Terus Setia Bersama-sama Mahasiswa
Mempertahankan Nilai Intergriti
Pembudayaan Akhlak, Keintelektualan
dan Profesionalsme Kami
Dalam Memelihara
Pemikiran Kelas Pertama Milik Kami
Maka Dengan ini, Kami Mengakui
IKRAR SETIA KAMI
Dalam Mempertahankan Varsiti Universiti
dan Hak Kami
Sejajar Dengan Dokongan
FALSAFAH UNIVERSITI


HIDUP MAHASISWA!!!

KEMBALIKAN HAK KAMI!!!


Thursday, February 4, 2010

.: Bila Mahasiswa Beraksi :.

Dunia ini adalah milik anak muda dan tanpa mereka dunia tidak akan berubah!, ujar seorang tokoh MAHASISWA pada tahun 1960an sekitar 50 tahun yang lalu. Ungkapan ini ada kebenarannya, suara anak muda adalah suara yang sangat kuat, sangat bertenaga dalam membawa arus perubahan ke atas keadaan politik dan sosial di seluruh dunia. Contohnya di Indonesia, suara anak-anak kampus daripada jalur ideologi yang berbeza bersatu untuk merentap kekuasaan Suharto ketika era reformasi 1998. 

                           " SUARA KAMPUS MELEDAKKAN PERUBAHAN "

Di negara kita telah lama tidak kedengaran suara anak muda di kampus2 sejak beberapa dekad yang lalu. Suasana menjadi sunyi seketika tambahan lagi sejak AUKU dilaksanakan. sejak daripada itu kebebasan bersuara Mahasiswa disekat, hanya perkara-perkara tertentu sahaja Mahasiswa dibenarkan bersuara. Mahasiswa menjadi seperti anak kecil. Namun beberapa tahun kebelakangan arus kebangkitan Mahasiswa mula dirasai. Jiwa anak-anak muda yang sudah jelik dan bosan dengan ketidakadilan dan penindasan mula memberontak. Mereka bangkit untuk melawan sebarang bentuk penindasan yang dilakukan terhadap mereka. 

Walaupun tidak semua Mahasiswa mempunyai kesedaran sebegitu rupa, namun sekelompok Mahasiswa yang bangkit itu sememangnya perlu diberikan pujian. Mereka berani, mereka tidak gentar kepada sebarang ugutan dan penindasan yang dilakukan ke atas diri mereka. Mahasiswa begini yang kita tunggu selama ini. Mahasiswa sebegini lah yang mampu membawa arus perubahan positif apabila mereka masuk ke dalam masyarakat kelak.

Masyarakat telah lama dahagakan perubahan dalam kehidupan. Siapa lagi yang bertanggungjawab jika bukan Mahasiswa, Mahasiswa yang matang dan mempunyai tahap keintelektualan yang tinggi. Oleh kerana itulah Mahasiswa kini perlu sedar peranan yang akan mereka mainkan apabila berada di dalam kelompok masyarakat luar kelak. Setiap Mahasiswa perlu belajar sebanyak mungkin ilmu ketika berada di kampus, bukan setakat di dalam kuliah bahkan ilmu luar kuliah juga. Penulis teringat akan satu baris lirik lagu yang berbunyi " ijazah yang terbaik datangnya dari jalanan ..." Jadi kita harus sedar, tanggungjawab sebagai Mahasiswa bukan mudah, ambillah peluang yang ada di kampus ini untuk melatih kita menjadi Mahasiswa yang matang dan bijak dalam erti kata yang sebenar.

Suara Mahasiswa adalah suara keramat yang menjadi cerminan kepada kegelisahan rakyat marhain. Laungan nyaring mereka adalah detak hati yang merindui masyarakat adil tertegak di atas muka bumi tercinta ini...


           


                                                                 STUDENT POWER!!!
Related Posts with Thumbnails