SELAMAT DATANG

Thursday, March 4, 2010

Dialog Di Pusara Ayahanda...

...Ramli, anak arwah Pak Hamid (bkn nama sebenar), pulang dari luar negara sebagai seorang jurutera dan hafiz. Mereka yang tidak kenal asal usul Ramli, kagum. Mereka yang mengenali lebih kagum.

...Ramli adalah anak kepada arwah Pak Hamid, Pak Hamid merupakan seorang yang terkenal di kampungnya sebagai seorang yang buruk perangainya. Solat tidak. Puasa tidak. Menjengah ke surau langsung x pernah. Berjudi, minum arak dah jadi kebiasaannya. Ibunya pula telah lama meninggal dunia.
...Namun Ramli seorang anak yg luar biasa, walaupun mengalami pelbagai masalah dan cabaran dalam meneruskan kehidupan, dia berjaya meneruskan kehidupan dengan cemerlang dan juga berjaya di dalam akademik serta menjadi seorang hafiz. Sebelum itu, ayahnya meninggal dunia ketika dia baru memasuki sekolah berasrama penuh...

...Ketika Ramli pulang menjelang pengebumian jenazah ayahnya, dia menangis. Sebatang kara. Orang kampung kata macam-macam tentang arwah ayahnya. Berdosa besar. Jeazahnya berat, berat dosalah, macam-macam lagi.
...Mujurlah ada seorang lelaki datang kepadanya, lelaki itu berkata kepada Ramli...

"Ramli, kalau benar kamu sayangkan ayah kamu, jadilah anak yang soleh. Doakan dia. Itu sahaja jalannya untuk menyelamatkan ayah kamu di alam barzakh. Untuk harumkan kembali nama ayahmu di dunia, kamu belajar bersungguh-sungguh. Jadi orang yang berjaya dalam hidup. Insya-Allah, kecemerlangan kamu akan menjulang kembali nama ayah kamu yang dikata-katakan orang pada hari ini." Airmata lelaki itu mengalir ketika memberi nasihatnya...

...Ramli hanya mengesat air mata dan mengangguk-angguk...

Ramli berjaya melakukannya... Kini dia bergelar imam Ramli. Demi cinta kepada ayahnya, dibela maruah ayahnya di dunia dan akhirat...

"Kita mesti terima kenyataan bahawa kita masih mampu menjadi anak yang soleh walaupun bapa kita bukan seorang yang soleh. Dan tidak semestinya bapa soleh maka anaknya secara automatik jadi anak yang soleh."

"Itulah bukti keadilan Allah S.W.T.. Dosa dan pahala tidak boleh dipindah milik, iman itu tidak boleh diwarisi."...

Kisah ini dipetik dari buku Nota Hati Seorang Lelaki untuk dikongsikan dengan sahabat2...

 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails