SELAMAT DATANG

Tuesday, January 26, 2010

Kekuasaan Itu Harus Direbut

Kita sering menyerukan amar makruf nahi mungkar. Namun kita jarang berfikir untuk menjadi 'amir' penguasa ataupun mencalonkan 'amir'. Bagaimana mungkin kita boleh memerintah kalau tidak ada pemerintah???
     
     Sekarang peluang terbuka. Pertanyaannya, sediakah kita bersaing??? Sediakah kita mengalahkan lawan yang sentiasa mengintai peluang untuk menjatuhkan kita??? Pertempuran yang kita hadapi sekarang bukan hanya menghadapi cacian, makian, dan penghinaan seperti yg dialami Rasulullah s.a.w. ketika ketika di Mekah. Kita sedang berdiri di 'Madinah'!!! Di depan kita terbentang  'Medan Badar'. Di depan sana ada 'Bukit Uhud'. 'Pasukan Ahzab' telah mengepung kita dari segenap penjuru, sedia melancarkan serbuan.

     Kita berhadapan bukan dengan org2 seperti kafir Quraisy yg tidak rela kekuasaannya direbut. Di kalangan kita menyusup keturunan Abdullah bin Ubay, si munafik yang merasa disaingi. Di depan kita berdiri org2 yahudi yg tidak pernah rela  Islam tegak di muka bumi. Kini, sebahagian kita berada di 'Medan Badar'. Watak seperti Utbah bin Rabiah tidak hanya akan memberikan tawaran mengiurkan. Dia akan datang bersama-sama saudaranya, Syaibah bin Utbah dan puteranya Walid bin Utbah. Tugas kita adalah menyediakan seorang Ali bin Abi Talib untuk melawan Walid bin Utbah. Menyediakan Hamzah bin Abdul Mutalib untuk membunuh Syaibah bin Rabiah. Menyediakan Ubaidah bin Harits untuk menerima tentangan Utbah bin Rabiah.

     Kini, sebahagian kita berada di 'Medan Uhud'. Di seberang sana, pasukan lawan sudah menunggu. Tugas kita adalah merencana strategi. Menyediakan pasukan pemanah untuk berjaga-jaga, bagaimana pun keadaan perang. Di antara kita ada Abu Dujanah yang sedia memenuhi hak pedang Rasulullah s.a.w. Perang benar2 sudah di depan mata. Hanya menghitung hari sahaja.


     Memang, jika tiba saatnya kemenangan pasti datang. Tapi bukan tugas kita untuk menunggu. Kekuasaan itu harus direbut. Kemenangan itu harus disambut. Sekarang saatnya!!! 


                                      "KEMENANGAN ITU HARUS DIREBUT"

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails