SELAMAT DATANG

Sunday, January 31, 2010

" DARI KUBUR KAMI BANGKIT "

Jangan sesekali tanam kami dalam kubur selagi kami belum mati!!! Mahasiswa skrg bukan anak kecil yang boleh disuruh tidur hanya dgn menyumbatkan botol susu ke mulut. Kami bukan lembu yang boleh dicucuk hidung dan ditarik kemana saja. KAMI MAHASISWA!!! Kami anak muda yang mampu berfikir, anak muda yang matang dalam membezakan mana yang hak dan mana yang batil.

     Kami bersuara, kami bertindak, kami bergerak sebegini hanya kerana kami inginkan keadilan tertegak di bumi Allah ini. Kami redha jika kami kalah, kerana kalah bukan beerti GAGAL, kalah beerti kami BELUM menang. Kami cuma inginkan keadilan di bumi UKM ini. Tak perlu lawan mahasiswa dgn FRU, kami tak pernah bom bangunan, kami tak pernah pecahkan kereta sesiapa, kami cuma ingin berSUARA, supaya SUARA ini didengar oleh umat manusia yg hidup di bumi UKM ini khususnya. Kami ingin mereka tahu betapa keadilan itu tidak cuba utk dihidupkan di bumi ukm ini.
     Anak muda akan bangkit lagi jika perkara seperti ini terus berlaku . Akan lahir Salahuddin al-Ayubi dari perjuangan ini, insyaAllah... Kami tak pernah kenal erti lelah, erti letih, erti penat, erti takut, yang kami tahu kami inginkan keadilan tertegak. TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!

     Walaupun kami ditanam hidup2 di dalam kubur yg tak bernama, kami tetap akan berjuang untuk bangkit, seorang MAHASISWA yang gugur dalam perjuangan akan diganti dgn 100 MAHASISWA YG MEMPUNYAI SEMANGAT YG LEBIH HEBAT. " DARI KUBUR KAMI BANGKIT "

 
MAHASISWA SEJATI

1 comment:

  1. tajuk dye jer dh mgerunkan aq k...
    huhu~~
    bersatu berubah!!
    emm!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails