"Jangan Kau Sangsi Kemana Arah Mu, Jangan Kau Ragui Keyakinan Mu, Langkah Mu Tidak Sumbang, YANG ZALIM PERLU DITENTANG."
SELAMAT DATANG
Tuesday, January 11, 2011
Syukran Jazilan ya sahabat~
Aku tiba di satu persimpangan jalan. Sebelum itu aku telah diberi tunjuk ajar oleh seorang sahabat, "pilihlah jalan yang paling kanan". Tapi kenapa? Keegoan diri menyebabkan aku tidak ingin mendengar tunjuk ajarnya. Aku pilih jalan kiri yang ku rasakan paling terang dan selamat. Tapi aku mula gelisah tika tiba di pertengahan jalan. Tarbiyyah yang pernah aku terima dari sahabatku dahulu kembali menerjah masuk ke ruang jiwaku. Sinar yang ku cari tidak ku temui di jalan kiri ini. Aku yakin sahabatku tidak berbohong kepadaku. Kata-katanya benar belaka. Aku harus kembali ke jalan kanan! Jalan yang ku rasa hitam di awalnya, namun sinar indah menantiku nun jauh di penghujungnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
InsyaAllah..kerana Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik pabila teguh diatas jalan-Nya.Mintalah petunjuk semoga sentiasa di jalan yang benar-
ReplyDelete"Ya Allah Ya Tuhan kami,janganlah Engkau pesongkan hati kami,sesudah Engkau memberi Hidayah-Mu kepada kami,"