SELAMAT DATANG

Saturday, August 14, 2010

Mahasiswa dan Politik

Salam Mahasiswa!



Deretan hari yang berlalu mahasiswa telah dibuai dengan idea2 daripada beberapa pemimpin negara yang inginkan mahasiswa dilibatkan secara langsung ke dalam kancah politik. YB Saifuddin Abdullah telah menongkah arus idealisme kerajaan, di mana beliau telah mencadangkan supaya kerajaan membenarkan mahasiswa dibenarkan melibatkan diri secara terus dalam kancah politik negara. Beberapa badan lain seperti Pemuda UMNO yang diketuai oleh YB Khairi Jamaluddin (KJ) turut mecadangkan perkara yang sama. Pemimpin2 pelajar daripada IPT seluruh Malaysia turut memberi respon terhadap isu tersebut, ada yang memberi reaksi positif dan tidak kurang juga yang negatif. Di sini dapat disimpulkan bahawa isu ini merupakan isu besar Mahasiswa! 

Isu ini bukan isu atau perkara yang hanya boleh dipandang sepi oleh pihak kerajaan. Isu ini melibatkan soal masa hadapan negara. Mahasiswa merupakan pemimpin negara di masa hadapan. Mahasiswa merupakan tunjang kepada pentadbiran negara untuk hari2 yang mendatang. Mahasiswa adalah nadi utama untuk membawa negara ini menjadi negara yang maju serta mampu bersaing di peringkat global kelak. Bagaimana kita mahu melahirkan mahasiswa yang mempunyai kebolehan2 seperti ini jika bukan dari kampus lagi mahasiswa dilatih untuk menjadi pemimpin masa depan.

Adakah cukup membenarkan mahasiswa hanya terlibat dengan organisasi2 kolej, persatuan2 fakulti, atau persatuan2 lain di universiti, dengan bertujuan untuk melahirkan mahasiswa berkelas pertama? Adakah pembelajaran di dalam kuliah sahaja sudah mencukupi? Adakah penyertaan mahasiwa dalam pilihanraya kampus sudah memadai untuk memenuhi cita2 ini? Adakah signifikan kita hanya membenarkan mahasiwa terlibat dalam perjuangan melibatkan isu2 di dalam kampus? Adakah semua ini mampu melahirkan tokoh muda yang mampu berfikir jauh untuk menjana kemajuan negara kelak? Persoalan ini merupakan soalan dasar yang perlu difikirkan oleh kita semua!



Bukan mudah untuk melatih seorang individu menjadi seorang pemimpin yang mampu menggegar dunia. Rasulullah S.A.W sejak dari kecil lagi telah dilatih dengan jati diri yang kuat untuk menjadi pemimpin umat. Sultan Muhammad Al-Fateh juga telah dilatih sejak kecil lagi dan pada usia yang muda iaitu 19 tahun, beliau telah berjaya menawan konstantinopel (instanbul), begitu juga Salahuddin al-Ayubi, pada usia muda telah menjadi panglima perang yang digeruni. Maka dapat disimpulkan di sini, untuk melahirkan seorang pemimpin yang berkualiti global bukanlah suatu perkara yang mudah. Pendidikan serta pendedahan awal amat penting untuk mencapai target ini. Maka, amatlah relevan dan rasional untuk membenarkan mahasiswa berpolitik serta terlibat secara terus kepada pentadbiran negara. Hal ini penting kerana mahasiswa perlu didedahkan dengan isu2 yang lebih global, yang lebih besar supaya dapat  mendidik mahasiswa menjadi mahasiswa matang berminda kelas pertama!



Berpolitik bukan bermakna mahasiswa meninggalkan terus kepentingan akademik, tetapi ia merupakan satu elemen penting dalam mendidik mahasiswa untuk lebih peka terhadap matlamat, tujuan dan kepentingan mereka apabila bergelar seorang mahasiswa. Mahasiswa adalah agen penting dalam membawa perubahan terhadap masyarakat. Mahasiswa merupakan golongan berilmu, kelompok yang sarat dengan idealisme dan semangat yang membara untuk membawa arus perubahan dalam masyarakat. Tidak guna sekiranya konsep 1Malaysia dicanang, namun mahasiswa terus hanyut dengan budaya hendonisme, sikap malas berfikir dan sikap ikut telunjuk yang terus menerus menghantui sebahagian besar masyarakat mahasiswa di negara ini. Mahasiwa perlu lebih intelek, perlu lebih berani untuk mendahului masyarakat dalam menangani isu2 semasa serta terkehadapan dalam mengemukan idea2 yang lebih berani dan matang untuk memajukan masyarakat kampus amnya serta masyarakat luar umumnya.

Jika mahasiswa terus disekat dengan pelbagai peraturan serta akta seperti AUKU, maka di mana demokrasi matang yang diuar2kan oleh pihak kerajaan! Akta-akta bodoh ini merupakan penyekat perkembangan minda anak muda, penyekat suara mahasiswa. Peranan mahasiswa telah diperkecilkan menjadi sehalus pasir. Mahasiswa hanya dipaksa belajar di dewan kuliah serta menjalani program2 yang hanya memberi sedikit ilmu kepimpinan kepada mereka. Mahasiswa telah ditelangkup dengan satu tempurung besar di atas mereka iaitu AUKU! Neuron2 otak mereka dipintas dan dicantas dengan peraturan2 yang besifat PENAKUT! Jangan salahkan kelompok mahasiswa yang menentang kerajaan dalam hal ini. Mereka semua merupakan anak muda yang mempunyai jiwa dan fikiran yang besar. Mereka merupakan pecinta negara yang sejati! Mereka ANAK MUDA yg SAYANG Malaysia.

Maka, kabinet kerajaan harus memperhalusi isu ini. Keputusan tidak boleh dibuat demi kepentingan politik semata-mata. Kita perlu memandang jauh ke hadapan. Jangan jadikan masalah remeh sebagai penghalang terhadap revolusi minda mahasiswa. Atmosfera politik negara perlu dipelbagaikan dengan pelbagai golongan. Mahasiswa yang berusia 21 tahun ke atas sudah cukup matang untuk dibenarkan terlibat dalam politik. Tidak perlu meminta kebenaran NC untuk melibatkan diri dalam bidang politik, itu semua merupakan undang2 lapuk. 



Mahasiswa jangan dihalang! Kami pernah bersuara suatu ketika dahulu! Sejarah membuktikan kami pernah mencipta sejarah. Mahasiswa akan terus mencipta sejarah. Putus asa bukan sifat mahasiswa, kerana Perjuangan itu pasti terus! 

HIDUP MAHASISWA! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails