SELAMAT DATANG

Thursday, July 29, 2010

SELAMAT DATANG SISWA/i BARU KE UKM : ~niat kena betul dikkk..~

Salam alaik!  Pertama-tamanya selamat datang diucapkan buat Mahasiswa/i baru ke UKM umumnya dan FST ammnya. Lama sebanarnya saya tidak menulis dengan panjang lebar di ruangan blog kesayangan ini, hehe... nak kata tiada masa, mustahil. Allah S.W.T. telah memperuntukkan waktu yang terbaik buat setiap insan di dunia ini. 24jam merupakan masa yang sangat sempurna untuk insan yang bijak memanfaatkannya, (saya??? hmm...banyak main kot...ampunkan dosaku ya Allah...ameennn ya Rabb...). Jadi pelajaran pertama buat adik-adik baru di sini adalah betapa penekanan mengenai kepentingan menguruskan masa itu perlu, perlu dan sangat perlu diberi perhatian. Hal ini penting bagi menjamin kejayaan kita di bumi hijau UKM ini disamping menempah tiket awal bagi kesenangan hidup di akhirat kelak, (di akhirat kelak Allah akan menyoal kita, ke mana kita gunakan masa muda kita... kalau kita asyik enjoy je,nak jawab ape bro???huaaaaa...). 

Dunia kampus merupakan satu dunia yang diimpikan oleh kita sejak dari kecil lagi. Jadi buat para siswa/i yang telah berjaya menjejakkan kaki ke hirarki tertinggi gedung ilmu ini perlu menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Niat atau nawaitu kita hendaklah sentiasa berada di atas landasan yang betul. Segala impian yang ditanam oleh keluarga terhadap kita hendaklah disuburkan dengan kejayaan yang cemerlang di samping membina sahsiah diri yang menjadi kebanggaan ibubapa serta masyarakat di luar sana, InsyaAllah... 

Universiti merupakan tempat untuk kita dimatangkan dengan ilmu pengetahuan bertaraf tinggi dan bukannya hiburan tahap melampau (hendonisme). Di sini bukan masanya kita mencari awek, mencari pakwe, ("kalau jodoh mcm mane bang," hmm...kalau jodoh kawin la terus, jangan nak berkepit je ke sana sini...wakakaka). Maka, apa yang ditekankan di sini adalah betapa pentingnya fokus kita kepada perlumbaan mengejar ilmu di varsiti yang tercinta ini. (tapi kalu study je confirm bosan, kan,kan,kan...hee~~). Jadi, apa lagi, JOM JOIN PMFST (buat adik2 FST la ye...hehe). Mahasiswa amatlah digalakkan berpersatuan kerana dengan ini kita dapat membantu diri kita dibina dan dibentuk menjadi mahasiswa kelas pertama. Pelbagai pengalaman penting dapat diperolehi dengan menyertai kegiatan berpersatuan, kita boleh membina keyakinan diri, mengenali lebih ramai rakan-rakan baru, meningkatkan tahap kepimpinan diri serta membina jati diri siswa sejati yang sebenarnya.

Semua ini penting kerana mahasiswa adalah satu kelompok yang mempunyai peranan utama untuk membawa PERUBAHAN kepada masyarakat. PERUBAHAN yang macam mana? Tunggu siri tulisan yang seterusnya. InsyaAllah...;-)



WE UNITE FOR UKM



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails