SELAMAT DATANG

Thursday, November 11, 2010

Kisah Anak Dengan Pohon Epal

Saya tertarik dengan suatu cerita teladan..Cerita panglipulara yang pernah saya dengar sewaktu kecil-kecil dahulu…

Kisah pohon epal..“Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu…

Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-main di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.” Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pohon epal itu berkata, “
Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.”

Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon apel itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.”

Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.”

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon epal itu dengan nada pilu.”Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirahat,” jawab lelaki tua itu.”

Jika begitu, istirahatlah di perduku,” kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.”

Saturday, August 14, 2010

Mahasiswa dan Politik

Salam Mahasiswa!



Deretan hari yang berlalu mahasiswa telah dibuai dengan idea2 daripada beberapa pemimpin negara yang inginkan mahasiswa dilibatkan secara langsung ke dalam kancah politik. YB Saifuddin Abdullah telah menongkah arus idealisme kerajaan, di mana beliau telah mencadangkan supaya kerajaan membenarkan mahasiswa dibenarkan melibatkan diri secara terus dalam kancah politik negara. Beberapa badan lain seperti Pemuda UMNO yang diketuai oleh YB Khairi Jamaluddin (KJ) turut mecadangkan perkara yang sama. Pemimpin2 pelajar daripada IPT seluruh Malaysia turut memberi respon terhadap isu tersebut, ada yang memberi reaksi positif dan tidak kurang juga yang negatif. Di sini dapat disimpulkan bahawa isu ini merupakan isu besar Mahasiswa! 

Isu ini bukan isu atau perkara yang hanya boleh dipandang sepi oleh pihak kerajaan. Isu ini melibatkan soal masa hadapan negara. Mahasiswa merupakan pemimpin negara di masa hadapan. Mahasiswa merupakan tunjang kepada pentadbiran negara untuk hari2 yang mendatang. Mahasiswa adalah nadi utama untuk membawa negara ini menjadi negara yang maju serta mampu bersaing di peringkat global kelak. Bagaimana kita mahu melahirkan mahasiswa yang mempunyai kebolehan2 seperti ini jika bukan dari kampus lagi mahasiswa dilatih untuk menjadi pemimpin masa depan.

Adakah cukup membenarkan mahasiswa hanya terlibat dengan organisasi2 kolej, persatuan2 fakulti, atau persatuan2 lain di universiti, dengan bertujuan untuk melahirkan mahasiswa berkelas pertama? Adakah pembelajaran di dalam kuliah sahaja sudah mencukupi? Adakah penyertaan mahasiwa dalam pilihanraya kampus sudah memadai untuk memenuhi cita2 ini? Adakah signifikan kita hanya membenarkan mahasiwa terlibat dalam perjuangan melibatkan isu2 di dalam kampus? Adakah semua ini mampu melahirkan tokoh muda yang mampu berfikir jauh untuk menjana kemajuan negara kelak? Persoalan ini merupakan soalan dasar yang perlu difikirkan oleh kita semua!



Bukan mudah untuk melatih seorang individu menjadi seorang pemimpin yang mampu menggegar dunia. Rasulullah S.A.W sejak dari kecil lagi telah dilatih dengan jati diri yang kuat untuk menjadi pemimpin umat. Sultan Muhammad Al-Fateh juga telah dilatih sejak kecil lagi dan pada usia yang muda iaitu 19 tahun, beliau telah berjaya menawan konstantinopel (instanbul), begitu juga Salahuddin al-Ayubi, pada usia muda telah menjadi panglima perang yang digeruni. Maka dapat disimpulkan di sini, untuk melahirkan seorang pemimpin yang berkualiti global bukanlah suatu perkara yang mudah. Pendidikan serta pendedahan awal amat penting untuk mencapai target ini. Maka, amatlah relevan dan rasional untuk membenarkan mahasiswa berpolitik serta terlibat secara terus kepada pentadbiran negara. Hal ini penting kerana mahasiswa perlu didedahkan dengan isu2 yang lebih global, yang lebih besar supaya dapat  mendidik mahasiswa menjadi mahasiswa matang berminda kelas pertama!



Berpolitik bukan bermakna mahasiswa meninggalkan terus kepentingan akademik, tetapi ia merupakan satu elemen penting dalam mendidik mahasiswa untuk lebih peka terhadap matlamat, tujuan dan kepentingan mereka apabila bergelar seorang mahasiswa. Mahasiswa adalah agen penting dalam membawa perubahan terhadap masyarakat. Mahasiswa merupakan golongan berilmu, kelompok yang sarat dengan idealisme dan semangat yang membara untuk membawa arus perubahan dalam masyarakat. Tidak guna sekiranya konsep 1Malaysia dicanang, namun mahasiswa terus hanyut dengan budaya hendonisme, sikap malas berfikir dan sikap ikut telunjuk yang terus menerus menghantui sebahagian besar masyarakat mahasiswa di negara ini. Mahasiwa perlu lebih intelek, perlu lebih berani untuk mendahului masyarakat dalam menangani isu2 semasa serta terkehadapan dalam mengemukan idea2 yang lebih berani dan matang untuk memajukan masyarakat kampus amnya serta masyarakat luar umumnya.

Jika mahasiswa terus disekat dengan pelbagai peraturan serta akta seperti AUKU, maka di mana demokrasi matang yang diuar2kan oleh pihak kerajaan! Akta-akta bodoh ini merupakan penyekat perkembangan minda anak muda, penyekat suara mahasiswa. Peranan mahasiswa telah diperkecilkan menjadi sehalus pasir. Mahasiswa hanya dipaksa belajar di dewan kuliah serta menjalani program2 yang hanya memberi sedikit ilmu kepimpinan kepada mereka. Mahasiswa telah ditelangkup dengan satu tempurung besar di atas mereka iaitu AUKU! Neuron2 otak mereka dipintas dan dicantas dengan peraturan2 yang besifat PENAKUT! Jangan salahkan kelompok mahasiswa yang menentang kerajaan dalam hal ini. Mereka semua merupakan anak muda yang mempunyai jiwa dan fikiran yang besar. Mereka merupakan pecinta negara yang sejati! Mereka ANAK MUDA yg SAYANG Malaysia.

Maka, kabinet kerajaan harus memperhalusi isu ini. Keputusan tidak boleh dibuat demi kepentingan politik semata-mata. Kita perlu memandang jauh ke hadapan. Jangan jadikan masalah remeh sebagai penghalang terhadap revolusi minda mahasiswa. Atmosfera politik negara perlu dipelbagaikan dengan pelbagai golongan. Mahasiswa yang berusia 21 tahun ke atas sudah cukup matang untuk dibenarkan terlibat dalam politik. Tidak perlu meminta kebenaran NC untuk melibatkan diri dalam bidang politik, itu semua merupakan undang2 lapuk. 



Mahasiswa jangan dihalang! Kami pernah bersuara suatu ketika dahulu! Sejarah membuktikan kami pernah mencipta sejarah. Mahasiswa akan terus mencipta sejarah. Putus asa bukan sifat mahasiswa, kerana Perjuangan itu pasti terus! 

HIDUP MAHASISWA! 

Monday, August 2, 2010

In-Team = Kasihku Abadi

Kamar hatiku, sekian lama 
Suram dan sepi, kekosongan 
Aku mencari insan sejati 
Untuk menemani hidupku 

Adam dan Hawa diciptakanNya 
Disemai rasa kasih sayang 
Agar bersemi ketenangan 
Dan kedamaian di hati 

Ku harap hanya keikhlasan 
Dan ku rindukan keramahan 
Aku inginkan kemesraan 
Berkekalan berpanjangan 

Mengasihimu, dikasihi 
Menyayangimu, disayangi 
Merindui dan dirindui 
Saling mengerti di hati 

Biar hilang kabus di wajahku 
Biar tenang resah di dadaku 
Terimalah serta kabulkan harapan ini 
Oh Tuhan 

Ku melafazkan kata penuh makna 
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah 
Hidup mati jodoh pertemuan 
Ditentu Allah yang Esa 
Perkenankan hasrat di hatiku 

Moga impian kan dirahmati 
Dipertemukan serikandi 
Susah dan senang sama harungi 
Demi cinta yang hakiki...



nota:
lagu kegemaran ni...
bukan jiwang tapi tenang...
hehe...
Related Posts with Thumbnails